Anak kembali ke sekolah? Pastikan anda tahu 5 rutin penting ini untuk meningkatkan produktiviti dan kurangkan stres.
Kita sentiasa mendengar banyak perbincangan tentang menyesuaikan anak untuk kembali ke rutin harian mereka sebelum sesi presekolahan bermula. Pakar mentitikberatkan kepentingan untuk meyelaraskan masa tidur kanak-kanak dan mengemas bag mereka pada waktu malam.
Bagaimana pula dengan ibu bapa?
Bukankah mereka juga perlu selaraskan hidup mereka dengan rutin sekolah?
Ya!
Saya seorang yang amat percaya kepada rutin. Rutin membuat ritma hari anda menjadi lebih mudah kerana anda boleh membuatkan kerja pada auto-pilot mod. Ini bermakna kurang satu perkara yang memerlukan perhatian anda.
Rutin adalah berbeza daripada jadual. Mempunyai rutin bermakna anda secara umumnya melakukan perkara-perkara tertentu dalam urutan tertentu. Kita selalu membuat perkara secara rutin tanpa kita menyedarinya.
Jadual adalah lebih ketat daripada rutin dan tidak selalu diperlukan ketika anda berada di rumah. Jadual bermakna anda melakukan perkara tertentu pada masa tertentu. Jadual adalah penting dalam persekitaran sekolah kerana perlu menyelaraskan masa ramai orang.
Jikalau jadual digunakan di rumah, ia berkemungkinan akan menambah tekanan untuk menyempurnakan perkara dalam jangka masa tertentu dan menyebabkan rasa bersalah apabila anda tidak dapat mengikuti jadual anda. Elakkan situasi itu dengan menjadikannya rutin.
Rutin memberi struktur yang mencukupi untuk menigkatkan produktiviti dan pada masa yang sama, memberi anda masa yang mencukupi untuk susunan tetapi anda akan ada felksibiliti dan tidak akan berasa bersalah menyelesaikan hal-hal lain. Hari anda akan mempunyai susunan, tapi anda masih ada fleksibiliti dan tidak akan berasa bersalah.
1) Waktu tidur dan waktu untuk bangun
Berapa banyak tidur yang anda perlukan secara realistik? Saya tidak bermaksud jumlah minima yang anda mermerlukan supaya anda boleh berfungsi.
Maksud saya adalah berapa lama anda perlu tidur untuk berada keadaan terbaik. Kualiti tidur adalah amat penting!
Saya mempunyai kesabaran yang lebih banyak dengan anak-anak saya dan banyak tenaga untuk menangani senarai tugasan saya jika saya mendapat tidur selama 8 jam setiap malam. Bagi saya, ini bermakna tidur sekitar pukul 10.00 malam dan bangun pukul 6.00 pagi.
2) Rutin senaman
Bilakah anda boleh melakukan senaman dalam sehari anda? Lihatlah rutin harian anda dan lihat bilakah anda boleh mencari masa yang mencukupi untuk bersenam. Saya secara peribadinya tidak suka melakukan senanam pada waktu pagi, tetapi saya melakukannya kerana ia adalah satu-satunya masa saya yang saya boleh menjamin yang aku dapat melakulannya. Jika saya tunggu sehingga tengah hari atau petang, 9 kali daripada 10 kali sesuatu akan berlaku dan saya akan mencari alasan untuk tidak bersenam. Saya berasa bagus apabila saya mempunyai masa untuk membuat kettle bells dengan mengunakan DVD atau menbuat yoga sejurus sahaja saya bangun dari tidur.
3) Makanan
Bagaimana anda dapat menyediakan makanan sihat ketika anda sibuk mengajar sepanjang hari? Merancang permakanan, membeli-belah secara pukal dan freezer cooking adalah penting untuk saya menyediakan makanan berkhasiat kepada keluarga saya, walaupun saya kepenatan. Dengan menyediakan beberapa hidangan peti sejuk pada petang Sabtu membantu menjimatkan banyak masa.
Saya menyiapkan hidangan seperti lempeng tepung badam, wafel mentega, bebola daging, daging lembu yang dimasak, sup dan nuggets ayam. Saya berasa senang hati apabila saya mengetahui bahawa terdapat hidangan rumah yang berkhasiat dan cepat disediakan di dalam peti sejuk untuk menangani hari yang sibuk.
Saya juga suka meletakkan sarapan pagi pada mod auto-pilot.
Saya dengan suami selalu minum smoothie hijau untuk sarapan pagi supaya bahan-bahannya yang telah diprataskan dan bersedia untuk digunakan. Saya membuat smoothie saya sebaik sahaja saya selesai bersenam dan meminumnya semasa saya sedang bersedia untuk kerja. Anak-anak saya juga tahu cara-cara untuk membuat sarapan sendiri dan boleh melakukannya sendiri semasa saya sibuk menangani perkara lain. Selagi saya mempunyai bahan-bahan dan makanan di dalam penyejuk beku, saya tidak perlu risaukan sarapan pagi.
4) Pembersihan
Bagaimana anda akan mengekalkan kebersihan rumah? Saya tidak boleh berfikir ketika saya dikelilingi oleh keadaan yang berselerak dan saya berasa anak-anak saya juga sama. Oleh kerana kita melakukan kerja sekolah di rumah, ini bermakna rumah kita perlu kemas dan bersih.
Fikirkan seharian anda dan perhatikan rutin harian untuk membantu anda menjaga kebersihan rumah anda. Selalunya, ia adalah lebih mudah untuk mencari sedikit masa lapang daripada mencari masa lapang yang lama. Flylady adalah sumber yang sangat baik untuk bermula.
Sebaik sahaja anda menetapkan rutin, anda tidak perlu memikirkan lagi bila anda hendak memgemaskan katil atau mengosongkan mesin basuh pinggan mangkuk. Secara automatiknya anda akan melakukan kerja-kerja ini.
5) Dobi
Bagaimanakah anda memastikan semua orang mempunyai pakaian yang bersih? Adakah anda mencuci pakaian setiap hari atau mempunyai hari dobi yang ditetapkan? Kedua-dua strategi ini berfungsi, bergantung kepada gaya hidup dan keutamaan anda sendiri.
Dengan menentukan rutin dobi anda dan menjadikannya rutin anda ketika musim panas akan menjadikan hari anda lebih lancar apabila sekolah bermula. Letakkan ia pada mod auto-pilot! Anda tidak perlu bersusah-payah untuk mencari pakaian bersih untuk bersiap-siap untuk pergi ke perpustakaan. Anda juga boleh mengambil satu langkah lebih jauh dengan menjadikannya sebahagian daripada rutin waktu petang anda untuk mengemaskan pakaian anda untuk hari berikutnya.
Menjaga rumah tangga dan mendidik anak-anak anda pada masa yang sama memerlukan banyak tenaga. Sediakan diri anda untuk berjaya dengan mengamalkan rutin untuk membantu anda!
Jika anda tidak mempunyai rutin, pilih satu perkara pada suatu masa untuk memulakan rutin anda. Elakkan daripada memilih beberapa perkara. Inilah sebabnya mengapa kita perlu memulakan rutin kita sepanjang musim panas! Selepas anda berasa selesa dengan rutin anda, anda boleh tambah lagi.
Menjaga rumah anda dan diri anda akan menjadi mudah apabila anda menangani perkara menggunakan mod auto-pilot. Anda akan mempunyai kebebasan untuk menghabiskan masa anda mengajar anak-anak anda tanpa perlu merisaukan tentang perkara lain di rumah yang anda abaikan.
Sebaik sahaja anda mempunyai rutin anda sendiri, maka anda boleh bermula untuk mengalakkan anak-anak anda untuk menyediakan rutin tahun sekolah mereka.
PS. Untuk meraikan kejayaan anda dalam menguruskan rumah tangga anda dengan anak-anda anda, datang bergembira di taman tema i-City dengan diskaun-diskaun hebat (eksklusif di laman web ini sahaja)