WATER WORLD I-CITY SYIOKKK!!

ASSALAMUALAIKUM

17 Mei yang lalu, diri ini telah pergi berjimba di Water World I-City Shah Alam dengan suksesnya. Walaupon rancang last minute namun ia berjaya ditunaikan. Berbekalkan minyak kereta 20ringgit maka bertolak lah kami bertiga ke Shah Alam jam 8.30 pagi.

Well, singgah McD beli sarapan dulu. Kan sarapan di McD pada hari biasa murah. Korang nie suka lupa tau. Ingat nak simpan McD nie untuk makan kat I-City tu nanti. Tapi tahap lapar kitorang dah tahap cipan masa tu, habis semua kitorang ngapp. Bersih dan licin. Sekian.

Gambar pendahuluan haruslah yang gahh gitewwww =D

Search kat internet, Water World I-City nie bukak jam 10 pagi, tapi bila dah sampai sana dia kata bukak jam 11 pagi untuk hari biasa, dan 10 pagi untuk sabtu ahad dan cuti umum.

Masa kitorang sampai tu hujan renyai-renyai. Alhamdulillah, parking senang dapat. Well hari biasa mana ramai orang. Kitorang sampai tu dalam 10.45 pagi macam tu, so kene lah tunggu jam 11 baru bukak.

 Ya, harus dong posing begitu. Nama nya jugak pelancong kok.
 Udah deh posing nya, kayak batak aja ahh !
 Sesi menunggu kaunter tiket dibuka
 
Tangan ku yang berparut itu >__< huduhhh

Tiket masuk bagi dewasa dan kanak-kanak pada hari biasa adalah sama, iaitu RM25 satu kepala. Jam kaler kuning tu tiket masuk, jam kaler merah tu kunci locker. Locker sewa RM10 hengget. Dinasihati supaya korang sewa jelah locker nie demi keselamatan barang-barang korang. Cara nak bukak locker akan diajar sebentar lagi. Jadi teruskan membaca. Wahh gitu.

Sunblock wajib pakai ye korang semua demi melindungi kulit korang daripada terdedah kepada sinaran matahari yang boleh menyebabkan kanser kulit tu. Selain itu juga bagi mengelakkan kulit anda-anda semua bertukar menjadi kulit bangla. Solat taubat aku kalau kulit sunburn woiii.

Muka redha je semua -___-
Jijik tol adik aku posing, belajar dari mana lah tu yerp

First kitorang main dekat tempat budak-budak. Yelahh, tempat budak-budak nie bersebelahan dengan locker. So itu yang kitorang terjah dulu. Mintak mahap lah yer, tempat budak-budak nie air dia santak sejuk. Sangat tak bersesuaian dengan diri ini yang sudah remaja bergetah lagi vavavoom nie.

 Tak sedar diri 1
 Tak sedar diri 2
 Masa nie hidung aku masuk air teramat banyak sampai pening @,@
Yang belakang tu santak tak sedar diri nak naik gelongsor budak2 -__-

Dalam pada sejuk-sejuk tu, dekat 15 minit jugaklah muqaddimah kitorang kat sini baru gerak ke tempat lain.

 Look !! How kosong the place was ?
The tornado is superbbbb !
Aksi melompat tu wajib yer kawan-kawan
Keji tak upload gambar sampai 2 bermotifkan benda yang sama ?
I love this sliding !

Somehow, aku tengok gambar-gambar yang Faries ambik nie, semua nya cantik-cantik. Ke sebab kamera or orang dalam gambar tu yang membuatkan gambar tu nampak cantik ?

Setelah beberapa jam di dalam air, maka perut pon kosong. Makanan kat dalam nie sangat mahal okey.

 Roti nie harga 5 hengget -___-
Roti yang dibawa secara haram 

Dalam Water World I-City nie, dorang tidak menggunakan cash untuk membeli segala barang. Dorang menggunakan jam yang kitorang pakai tu. Jam tu korang kene “top-up” lah berapa duit nak letak. Masa beli tiket nanti orang tu akan tanya nak topup berapa ringgit. Jangan risau, kalau duit dalam tu korang tak guna, korang boleh dapat balik =)

Perut dah topup, so kembali meneruskan aktiviti perenangan. Okey runsing, ada ke ayat bahasa melayu macam tu ? Kalau tak ada, sila tambah sendiri dalam kamus dewan anda. Sekian.

Tornado

Tornado nie aku naik sampai 7 kali kot. Kalau ikutkan rasa nak naik banyak-banyak kali. Best gila kot ! Gayat memang gayat, rasa macam nak tercampak je. Engineer mana lah yang cipta permainan nie, bijak tahap cipan. Love !!

Slide yang nie pon boleh tahan takutnya >__<
 Main kat tempat cetek jelah yerp, diri ini masih lagi tak tau berenang. LOL

Mengenangkan kisah diriku yang hampir lemas semasa bercuti di Pulau Pangkor Februari yang lalu, diri ini telah mengambil pengajaran supaya tidak berada di tempat yang dalam tanpa pelampung atau jaket keselamatan. Diri ini insaf.

Start masuk jam 11 pagi, jam 5 petang baru teringat nak balik. Teruk benor kitorang bertiga nie. Mandi non-stop. Jari tangan dan kaki berkedut seribu.

Finally, detik-detik yang ditunggu oleh korang tentang macam mana nak bukak locker kat Water World I-City nie. Berpandukan gambar di atas, hah macam tu jelah cara nak bukaknya. Scan kan jam merah korang dekat sensor locker tu, then dia akan process dan kalau betul, dia akan terbuka. Canggih kan =D

Cara nak bukak locker pon nak ajar tau, menyampah arr zarep nie.

So seperti biasa, dah ada pengalaman mandi kat sini, mesti nak bagi tips-tips buat pembaca di luar sana. Andai kata korang menyampah dan malas, boleh skip je part nie hokeyhh.

1-Sunblock : Make sure korang pakai tau. Korang kalau dah dapat mandi kat tempat-tempat macam nie, confirm 5-6 jam korang berendam dalam tu, betul tak ? So please please please pakai sunblock. Jaga lah kulit anda.
2-Empat orang dewasa : Kenapa dengan 4 orang dewasa ? Okey macam nie, sliding yang Tornado and sliding yang belang-belang biru putih tu, WAJIB dimain 4 orang. Selagi tak cukup 4 orang tak boleh main. Kalau korang dah sedia ada 4 orang dewasa, korang dah boleh main tornado tu bila-bila masa sahaja. So dalam hal kitorang nie, kitorang kene bersusah cari lagi 2 orang untuk mencukupkan kuota tu. Elok-elok boleh main banyak kali tornado tu, tapi telah dibataskan dengan bilangan orang yang kitorang ada. Nasib baiklah masa kitorang pergi nie, semuanya friendly and baik. Kitorang siap boleh berkawan kot dengan perempuan-perempuan tu =) Awwwwww. Sebab tu aku cuma dapat main 7 kali je. 
3-Locker : Sewa jelah locker tu, 10ringgit je kot. Takkan tu pon nak berkira ? Barang berharga korang melebihi ribuan ringgit betul tak ? So protect mereka dengan menyewa locker-locker yang disediakan tu. Jangan risau, locker tu boleh dibuka tutup bila-bila masa sahaja tanpa perlu ada cas yang baru.
4-Pergi pada hari biasa : Well, hari biasa nie syokk banyak lah. Satu, korang tak payah beratur panjang. Dah main sekali, naik balik main lagi. Tak perlu nak beratur pon. Dua, tak sesak. Tiga, tak rugi masa. Empat, harga tiket pada hari biasa jauh lebih murah daripada hari cuti.

Okey , kat sini ada video percutian aku kat Water World I-City nie yang aku upload dekat youtube. So kalau nak tengok, silakan. Yang tak nak, pon boleh skip jugak part yang ini.

kindly, change the quality to 480p to get the best view
 Nak balik dahhh =)

Ini yang buat aku bertambah suka akan Water World I-City nie. Pelampung dia free kot. Kalau taman tema lain kan kene bayar. Tapi kat sini tak pon. Lagi satu, semua permainan air dalam nie, budak above 120cm boleh main. Kecuali yang tornado and slide belang biru putih tu. Tapi slide belang tu depends gak, kalau penjaga tu kasi, maka boleh lah naik =) So tak ada lah rugi sangat bawak budak kecik kan, selalu tempat-tempat macam nie banyak budak kecik tak boleh main. Rugi.

Ditulis oleh: http://jejakakaula.blogspot.my
[button title=”Get Ticket” link=”https://iticket.i-city.my/collections/all/products/waterworld-2018″ target=”_blank” align=”” icon=”” icon_position=”” color=”orange” font_color=”white” size=”2″ full_width=”” class=”” download=”” rel=”” onclick=””]
Scroll to Top